top of page
Search

Jika anda ada hati nak beli hartanah!

  • Writer: Hijau Suria Blog
    Hijau Suria Blog
  • Nov 7, 2020
  • 2 min read

ree

Sebagai ejen hartanah, Ayok Wak banyak jumpa prospect yang nak beli hartanah tetapi tak tahu nak mula dari mana. Ada yang malu-malu, ada juga yang 'blur-blur' dan tak kurang juga ada yang pura-pura macam tahu semua benda.


Ok tak apa. barang yang lepas jangan di kenang! hahahaha


Kali ni Ayok Wak sharekan tips untuk korang semua buat apa yang patut untuk beli hartanah. Follow jer step-step yang Ayok Wak sharekan ni Insya Allah urusan memiliki hartanah akan menjadi mudah.


1) Kira jumlah hutang

Haa part nie korang kene jujur dengan diri sendiri. Korang kene list down apa yang korang hutang. Kene senaraikan semua sekali termasuk hutang yang korang nak lari atau buat-buat tak tahu.

Senarai hutang tu asingkan kepada 2 ketegori.

  1. Hutang dengan badan kewangan

  2. Hutang dengan bukan badan kewangan

Ayok Wak nasihatkan korang gi laa mintak penyata supaya korang tahu hutang tu dah sampai mana. Lagi puas hati dan tepat. Tak lah kita main agak-agak jerr


2) Update jumlah simpanan

Part ni korang kene update buku simpanan masing-masing terutamanya KWSP akaun 2. Ini akan bantu korang untuk sediakan duit 10% dari harga rumah. Senang cerita kalau ada RM30,000 so boleh survey rumah dalam RM300,000 macam tu. Tapi jangan berharap sangat gerentee lulus!


3) Kira kadar hutang

Bab ni korang akan tahu sejauh mana 'nyawa' korang. kalau belum hujung bulan dah macam ikan tak cukup oksigen... haaa dari sini baru korang sedar.

Ikut statistik BNM, kebanyakkan rakyat Malaysia ni mempunyai peratus hutang yang tinggi. Inilah punca banyak antara kita struggle dalam kehidupan.

Caranya mudah sahaja:

Gaji bersih X 60%


Ok. Bila dah dapat jawapan, tolak dengan hutang dengan badan kewangan. dari situ korang dah boleh nampak korang kat mana. Kan.....

Kalau banyak lebih.... Alhamdulillah... kalau '-ve'... Innalillah... Please do something guys!


4) Cari ejen hartanah

Siyes nak bagi tahu... Jangan malu atau segan untuk cari ejen hartanah. Ejen hartanah ni baik-baik belaka. Derang ni suka tolong orang. Tak caya? Ayok Wak ada... :)

Bukan nak angkat bakul sendiri (ejen hartanah) cuma jangan sembunyikan maklumat penting bila ejen hartanah bertanya berkenaan maklumat kewangan kita. Bukan apa.. nanti salah kira sapa yang rugi?

Ejen hartanah akan bantu korang lebih detail lagi untuk semak kelayakkan loan dengan banker. Banker tu dah macam adik beradik ejen hartanah... So jangan malu K!


Ejen hartanah ni nanti akan matchkan kelayakkan korang dengan hartanah yang korang inginkan.


OK setakat ni Ayok Wak share 4 point dulu. Bukan apa.. Banyak-banyak pun korang pening nanti. Lagi satu Ayok Wak nak pesan, jangan hanya angan-angan... Buatlah perancangan dan ambil tindakkan.


Ayok Wak nak share last point... Lambat menung, cepat untung!



Recent Posts

See All
Hibah dan Hartanah

Pembahagian harta pusaka sering menjadi permasalahan rumit sekiranya tidak dirancang dengan baik ketika anda masih hidup. Selain wang...

 
 
 

Comments


© 2023 by Hijau Suria Enterprise

bottom of page